Dua sahabat maut nahas
2010/12/27
KUALA TERENGGANU: Dua sahabat yang dalam perjalanan pulang dari Tumpat, Kelantan ke kolej di Kemaman maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 61 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Rantau Abang, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Syazrul Izat Fauzi, 18, dan Wan Mohd Asyraf Wan Zali, 22, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangi terbabas ke kiri jalan, sebelum melanggar pokok.
“Kita difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa yang berasal dari Tumpat dalam perjalanan balik ke kolej mereka di Kemaman selepas menghabiskan cuti umum sempena perayaan Hari Natal,” katanya.
"Siasatan awal kita mendapati, tiada perlanggaran antara kenderaan dinaiki mangsa dengan kenderaan lain, sebaliknya motosikal dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok berdasarkan kesan kemalangan," katanya.
Dahlan berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini sebelum jenazah dituntut keluarga masing-masing.
No comments:
Post a Comment